Kakiseni Borneo
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Kakiseni Borneo

Ruangan Forum dan Bicara Kakiseni Borneo
 
PortailPortail  IndeksIndeks  GalleryGallery  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  Login  

 

 PENGUMUMAN : Baca Ini dahulu.

Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin



Jumlah posting : 19
Age : 46
Registration date : 20.11.07

PENGUMUMAN : Baca Ini dahulu. Empty
PostSubyek: PENGUMUMAN : Baca Ini dahulu.   PENGUMUMAN : Baca Ini dahulu. EmptyWed Dec 26, 2007 6:01 am

Tujuan laman forum kakiseni borneo(KB) ini dibangunkan antara lain adalah untuk memperkayakan khazanah berbahasa Melayu dan merapatkan penggiat penggiat seni di sekitar borneo dan tempat-tempat lain melalui persada Internet. Ianya dibangunkan secara sukarela . Untuk itu, anda TIDAK seharusnya menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang diberikan ini.

Segala kandungan, mesej, maklumat dan apa sahaja yang dihantar oleh individu adalah merupakan tanggungjawab individu berkenaan sendiri. Untuk itu, pihak KB tidak bertanggungjawab ke atasnya.


Di bawah, adalah larangan dan perkara yang membolehkan topik atau mesej anda dipadam atau dikunci :

1. Topik / Mesej yang dihantar bukan diruangan yang sepatutnya. Sebagai contoh, jika ahli inginkan pendapat berhubung masalah peribadi, topik / mesej tersebut sepatutnya di hantar ke ruangan Sembang Bimbingan & Kaunseling.

Arahan : Sila ikut kategori topik / mesej 'yang sepatutnya' sebelum menghantar.

2. Topik / mesej berulang. Sebagai contoh, Topik sebelum ini : Tajuk - MARAH, Topik yang terkini : Tajuk - Kenapa Anda Marah (walaupun berlainan tajuk tetapi mempunyai maksud dan kandungan yang sama).

Arahan : Sila semak dahulu sebelum kemukakan topik.

3. Topik / mesej merapu @ melalut @ diskusi kosong. Sebagai contoh : Tajuk - 'Rupa Korang macam mana ha?'. Bukankah topik / mesej tersebut seperti pertanyaan 'yang tak sepatutnya ditanya'. Ahli akan membalas dengan jawapan yang merapu yakni tiada isi atau sembang kosong.

Arahan : Sila kemukakan tajuk yang bernas, padat dan berilmiah. Dapatkan balasan jawapan dari ahli dengan jawapan yang boleh membina personaliti diri. Jika ahli ingin tahu bagaimana rupa ahli-ahli KB, kalian boleh menghadirkan diri ketika perjumpaan (gathering) yang dianjurkan oleh KB. Bukannya kemukakan soalan terbuka di ruangan ini.

4. Topik / mesej yang berunsur seks atau 'double meaning'. Sebagai contoh, Tajuk - 'Antara cinta dan nafsu... apa ertinya'. Secara psikologi, penghantar jawapan akan membalas mesej dengan jawapan hasil dari imaginasi perempuan sebagai simbol seks.

Arahan : Sila patuhi arahan yang telah termaktub ketika mendaftar sebagai pengguna Melayu.com.

5. Topik / mesej berunsur menghina orang @ memperbodoh-bodohkan @ memalukan orang lain. Sebagai contoh, Tajuk : 'Perempuan Samseng'. Walaupun ahli yang menghantar topik inginkan pendapat ahli lain berdasarkan petikan akhbar, tetapi, secara tidak langsung perbincangan tersebut boleh terpesong dengan menghina kaum perempuan. Perbincangan yang merendahkan martabat perempuan tidak sepatutnya dikemukakan.

Arahan : Sila kemukakan topik / mesej yang tidak mengaibkan orang lain atau mempersendakan orang.

6. Topik / mesej berunsur pergaduhan @ menghasut @ membenci orang lain. Sebagai contoh, Tajuk - 'Aku benci ngan infobeat'. Topik ini, cuba menghasut ahli lain supaya membenci kepada 'si penama tersebut'.

Arahan : Sila jaga ketenteraman ruangan Sembang2 ini, jangan timbulkan sebarang persengketaan hingga menyinggung dan mengganggu ahli lain.

7. Topik / mesej yang berunsur ugutan @ mencabar kewibawaan orang. Sebagai contoh, Tajuk : 'Lelaki !!! boleh tak jangan ganggu orang perempuan?'. Bila topik dikemukakan pelbagai jawapan yang diterima dan ini boleh menimbulkan ketegangan dalam perbincangan antara ahli. Penggunaan bahasa kesat mula digunakan oleh ahli yang akan merasa tidak puas hati.

Arahan - Jangan menimbulkan sengketa dalam ruangan ini. Sila wujudkan komunikasi muhibbah antara ahli dan situasi ceria. Bila ini di lakukan ahli lama dan ahli baru akan merasa ruangan ini benar-benar bermanfaat untuk semua pihak.

8. Topik / mesej berunsur menghina agama @ bangsa lain.

Arahan - Jangan berandaian bahawa semua warga Melayu.com adalah melayu @ islam. Mungkin ada diantara ahlinya adalah agama @ bangsa lain yang kita tidak tahu. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini sila jaga tatasusila dan tatabahasa sebelum kemukakan topik / mesej. Jika ada kemusykilan tentang agama, sila masuk ke ruangan Sembang Agama & Cara Hidup.

9. Topik / mesej berunsur politik.

Arahan - Sila patuhi undang-undang yang telah termaktub ketika mendaftar sebagai pengguna Melayu.com.

10. Topik / mesej dengan penggunaan bahasa tahap rendah.

Sila wujudkan suasana bersesuaian dengan umur anda bukannya seperti budak baru belajar.

Maaf sekiranya ada diantara ahli yang merasa tidak puas hati dengan peraturan dan tindakan tatatertib yang dilaksanakan. Tujuan utama KB bukannya untuk menghadkan idea atau pandangan ahlinya tetapi untuk mengelakkan sebarang sengketa bahasa yang boleh timbul melalui perasaan amarah dalam sanubari ahlinya.

Walaupun mungkin ahli tidak mengenali diantara satu sama lain secara bersemuka TETAPI, jika dendam dah tersemat, bila perjumpaan ahli diadakan, maka pergaduhan boleh wujud diketika itu.

Walaupun anda kemukakan pendapat/pandangan yang membina, TETAPI perlu diingatkan tidak semua ahli yang sama berfikiran positif macam anda. Rambut sama hitam tetapi cara berfikir adalah lelain. Tidak semua manusia dijadikan sama ada yang baik dan ada yang jahat.

Hanya kebijaksanaan dan kewajipan diri anda sahaja yang dapat mewujudkan suasana ilmiah dalam lingkungan Perkampungan ini.

Selamat menggunakan KB
Kembali Ke Atas Go down
https://kakiseniborneo.indonesianforum.net
 
PENGUMUMAN : Baca Ini dahulu.
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Baca Ini dahulu

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Kakiseni Borneo :: Introduction :: Pengumuman-
Navigasi: